Selasa, November 04, 2008

Jadual Kuliah November 2008

1/11 Selepas Maghrib Fekah Ust Mohd Rani Awang Besar
3/11 Selepas Maghrib Tauhid Ust Shamsul - Dibatalkan kerana ustaz berada di Johor
5/11 Selepas Maghrib Tafsir Quran Ust Fadhil

Selasa, Oktober 21, 2008

Ceramah Perdana Oktober 2008

Assalamualaikum

Satu ceramah perdana akan diadakan pada 23hb Oktober (Khamis) selepas solat Maghrib. Ceramah bertajuk 'Muhasabah Diri Selepas Ramadan'. Ceramah ini akan disampaikan oleh Yg Bhg Ustaz Dr Badrul Amin Bahron.

Selasa, September 16, 2008

Jadual aktiviti Ramadhan

Assalamualaikum

Berikut adalah aktiviti yang akan diadakan dalam bulan Ramadhan.

1. 21hb Ramadhan/Sept jam 3 pagi - Qiammulail.
2. 21hb Ramadhan/Sept jam 10 pagi - Gotong royong.
3. 26hb Ramadhan/Sept selepas solat Tarawikh - Khatam Quran.

Isnin, September 08, 2008

Ramadhan

Semua kuliah bulanan ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan. Hanya satu tazkirah sahaja akan diadakan pada 17 Ramadhan yang akan disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia iaitu Yg Bhg Tn Hj Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir. Tajuk tazkirah ialah Nuzul Quran.

Rabu, Julai 02, 2008

Senarai Ceramah Julai 2008

Assalamualaikum
Semua kuliah akan bermula selepas solat Maghrib, insyaAllah.

5/7/08 - Fekah (Ustaz Rani)
7/7/08 - Tauhid (Ustaz Shamsul)
13/7/08 - Hadis (Ustaz Isahak)
14/7/08 - Tauhid (Ustaz Shamsul)
19/7/08 - Fekah (Ustaz Rani)
21/7/08 - Tauhid (Ustaz Shamsul)
27/7/08 - Hadis (Ustaz Isahak)
28/7/08 - Tauhid (Ustaz Shamsul)
31/7/08 - Ceramah Perdana(Ustaz Sabri Rani)

Isnin, Mei 12, 2008

Ceramah 11 Mei 2008

Assalamualaikum

Ceramah oleh Ustaz Ishak diadakan selepas solat Maghrib.

Mesyuarat Agung ke 3

Assalamualaikum

Surau Al-Falah telah mengadakan mesyuarat agung ke 3 pada hari Sabtu 10hb Mei 2008. Seramai lebih 30 orang telah hadir.
Sebelum mesyuarat dimulakan, acara penyampaian hadiah pelajar yang berjaya dalam tahun 2007 telah diadakan. Acara ini meliputi hadiah pelajar SPM, PMR dan UPSR.
Mesyuarat agung dimulakan dengan ucapan pengerusi, pembentangan minit mesyuarat lepas, pembentangan belanjawan dan seterusnya pembubaran AJK lama.
Semasa pengundian hendak dimulakan, seorang penduduk mencadangkan agar AJK lama dikekalkan. Cadangan ini diterima. Jadi, kesemua AJK baru adalah terdiri dari AJK tahun 2007.
Satu usul dicadangkan iaitu mesyuarat agung diadakan setiap tahun dan pemilihan diadakan dua tahun sekali. Ini bermakna tahun 2009 tiada pemilihan dalam mesyuarat agung.

Jumaat, Mei 09, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama sekali marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya surau Al-Falah mempunyai webnya sendiri.

Tujuan utama web ini adalah untuk memusatkan segala aktiviti surau ke satu tempat agar senang dirujuk. Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi membolehkan pengunjung mengetahui aktiviti semasa surau. Di samping itu juga penduduk sekitar dapat mengimarahkan surau ini.

Semua pengunjung dijemput memberi komen.

Wasallam.