Isnin, Mei 12, 2008

Mesyuarat Agung ke 3

Assalamualaikum

Surau Al-Falah telah mengadakan mesyuarat agung ke 3 pada hari Sabtu 10hb Mei 2008. Seramai lebih 30 orang telah hadir.
Sebelum mesyuarat dimulakan, acara penyampaian hadiah pelajar yang berjaya dalam tahun 2007 telah diadakan. Acara ini meliputi hadiah pelajar SPM, PMR dan UPSR.
Mesyuarat agung dimulakan dengan ucapan pengerusi, pembentangan minit mesyuarat lepas, pembentangan belanjawan dan seterusnya pembubaran AJK lama.
Semasa pengundian hendak dimulakan, seorang penduduk mencadangkan agar AJK lama dikekalkan. Cadangan ini diterima. Jadi, kesemua AJK baru adalah terdiri dari AJK tahun 2007.
Satu usul dicadangkan iaitu mesyuarat agung diadakan setiap tahun dan pemilihan diadakan dua tahun sekali. Ini bermakna tahun 2009 tiada pemilihan dalam mesyuarat agung.

Tiada ulasan: